Saturday 16 June 2012

Catatan Perjalanan.. Cambodia Part 1

Percutian 5 hari 4 malam di bumi Tuhan..Cambodia.
Begitu terkesan buat diri aku.
Ya, sesungguhnya bumi cambodia penuh dengan sejarah kekejaman manusia..
Sungguh sadis.. Memang sesungguhnya tiada kata yang mampu digambarkan
bagaimana perasaan aku..

7 june 2012
tepat jam 0820 waktu tempatan, kami tiba di International Airport Phnom Penh.


Kami disambut oleh pemandu pelancong di sana.. mesra dipanggil RICH..

Setibanya kami di sana kami terus di bawa ke Central Market,

Central Market, Phnom Penh

Perjalanan dari Lapangan Terbang ke Central Market membuat kami terpana seketika..
Kehidupan rakyat di sana begitu berbeza sekali dengan bumi tercinta, Malaysia.
Dengan sistem jalanraya nya..
Apa yang membanggakan,.. rakyat di sana begitu bertolak ansur sesama mereka..
Bayangkan.. jalanraya tanpa lampu isyarat..
Kalau di Malaysia,..tambah2 lagi di KL nie,
hmmmm.. rasanya banyaklah kemalangan yang berlaku..
Tapi amat berbeza di sana..

Mereka saling memberi laluan..
Saling meghormati sesama sendiri..
Begitu bertolak ansur..

walau bagaimanapun, kenderaan utama mereka di sana masih lagi motor dan basikal
dan juga sebuah kenderaan yang dikenali sebagai tut tut.
Hanya segelintir sahaja daripada mereka yang menggunakan kereta..
Mungkin dari golongan yang berkemampuan..

Secara kesimpulannya, kehidupan mereka di sana
Mungkin sama seperti negara kita di awal 80 - an.

1 jam 30 mini di Central Market,
kami dibawa makan tengah hari di Mamak Cafe.
mamak cafe
MamakCafe
Seusai makan tengah hari..
pengembaraan bermula..
Dari Phnom Penh ke Seam Reap..
kami di bawa menaiki bus.
Perjalanan yang mengambil masa kurang kebih 6 jam...

Sungguh menakjubkan pemandangan sepanjang perjalanan..
Sayu di hati melihat kehidupan penduduk di sana...
Rumah yang jauh berbeza dengan kita di sini..

Bayangkan ape akan jadi pada ternakan waktu musim tengkujuh  ..
Hampir 100% kehidupan diorang bergantung pada ternakan dan tanaman..
Ya Allah.. Sungguh engkau Maha Mengasihi...
Lindungilah mereka di sana..itu me

Perjalanan yang panjang terasa begitu singkat bila dipenuhi dengan pemandangan yang begitu menakjubkan..
Setiba kami di perhentian bas siem reap, kami disambut mesra oleh pemandu pelancong kami disana.. Hud
Melihat Hud, begitu berbeza dengan lelaki yang pernah aku kenali..
tutur bicara nya, sungguh sopan santun..
Hud mungkin datang dari keluarga yang sederhana..
Beliau terpaksa membayar sendiri yuran pengajian ketika menuntut di salah
sebuah universiti di cambodia, demi untuk memajukan diri sendiri kerana tiada bantuan dari kerajaan.


Ok..
kami dibawa untuk makan malam sebelum masing-masing beristirehat di hotel..

No comments:

Post a Comment