Thursday 19 January 2012

AL-Fatihah..

http://www.hmetro.com.my/myMetro/articles/Keretamelambung/Article/index_html#.TxeLPk659w1.facebook

Bagai gugur seluruh jantung
Bila membaca metro pagi tadi..
Seorang rakan..
Telah kembali bertemu PenciptaNya lewat petang semalam
akibat kemalangan ngeri yang berlaku di Kuala Terengganu..

tiba-tiba terimbas kembali segala memori ketika bersama..
Dia..
seorang insan yang pernah hadir
dan yang pernah singgah dalam hati ni
13 tahun yang lalu..
huaarrhh..(gatal kan aku time nie..)
waktu tue aku baru berusia 15 tahun dan rakan ini berusia 14 tahun..
(muda setahun dari aku..)

Ipoh Parade menjadi saksi perkenalan kami..
dan Perpustakaan Awam Ipoh menjdadi saksi persahabatan ini berlagsung..
Hehe..boleh dikira cinta monyet jugak la kan time2 nie.

hampir 2 tahun menjalinkan persahabatan..
aku dan dia terputus hubungan
ketika itu, aku menyambung pelajaran aku,
dan dia pulak masuk sekolah teknik..

Almaklumlah time tue kami berhubung hanya menggunakan telefon rumah..
Bila masing2 dah tak duduk kat rumah..
So, terlerai la sebuah ikatan ...


lewat tahun 2010..
time tue dah zaman ber facebook nie kan..
tergerak hati aku untuk mencari insan nie.

finally.. i got it..
Dan..

Dia masih ingat pada aku..
Alhamdulillah..
time tue banyak sangat perkara yang kami bualkan..

Dan kami mencari mengapa kami terputus..
YEah..
Kami putus bukan kerana kerelaan..

Tapi TAKDIR dan WAKTU yang telah memutuskan perhubungan ini..

Dan aku tidak pernah mengharapkan ape2 dari hubungan ini..
cuma berharap aku dapat berjumpa semula insan ini..


Ye la kan,..
10 tahun terpisah..
Masing-masing punya pilihan terbaik untuk diri sendiri
Begitu jugak dengan aku..

Seingat aku..
sepanjang aku mengenali insan ini..
tidak pernah walau sekali dia menyakiti hati ini..
dia seorang sahabat yang baik..
lembut hatinya itu membuat aku merasa bertuah mengenali insan ini..

Aku masih ingat lagi insan ini mengadu dengan aku
beg sekolah nye dicuri dek budak2 nakal.
Ketika tue, die bersekolah di sekolah anderson..
(huaarrgghhh.. terngiang2 lagi suara lembut die...siap nangis lagi)

Banyak sangat rasanya nak aku ceritakan tentang insan istimewa ini..

Sebak tiba2 rasa bila mengenang kan
insan ini telah kembali ke rahmatullah..

Akan ku simpan segala kenangan bersamanya kemas2 dalam hard disk aku..
Moga ia tak luput dari ikatan..


Buat insan teristimewa...
Kudoakan semoga rohnya dicucuri rahmat
serta ditempat dikalangan orang-orang yang beriman..

Kau akan sentiasa kuabadikan dalam doaku..
Dan kau..
Antara kenangan terindah Ku..
Kerana kau adalah anugerah terindah dari Tuhan...

Al-Fatihah...







Tuesday 3 January 2012

2012.



Alhamdulillah..
menjangkau hari ke-3 tahun 2012

memanjat rasa syukur ke hadrat ILAHI..
tahun 2012 dimulakan dengan perkara yang baik-baik..
--ikatan suci antara dua hati seorang rakan menjadi satu titik mula tahun ini..
--dan aku antara orang yang berada disisi..
--sebagai pengiring pasangan bahagia itu..
--moga permulaan yang  baik ini smpai ke penghujungnya..
--moga kamu tabah hadapi ranjau hidup ini...

dan aku???
aku???
aku juga begitu...
mengharapkan sesuatu yang terbaik untuk tahun ini...
harap ada sinar itu..
mulakan tahun ini dengan penuh semangat..

sudah kututup semua cerita duka yang begitu menyakitkan aku hadapi sepanjang 2011
ye..
aku harap aku lebih kuat hadapi tahun ini..
dengan cerita2 baru,
cerita2 indah yang bakal aku ciptakan sendiri..
biar mereka2 tidak mengerti..
janji aku bahagia..

terlalu banyak impian yang ingin aku laksanakan..
semua sudah kuaturkan dalam kalendar baru aku...
harap TUHAN merestuinya..
dipermudahkan segalanya..

kepada yang sudi membaca entry nie..
dan juga penyinggah blog aku yang agak huru hara
yang masih sudi membaca tulisan aku yang kadang2 terlalu ikut emosi..
aku mohon kalian doakan ..
Semoga ada sinar baru untuk aku tahun ini..
doakan semoga aku menjadi seorang yang lebih baik disisi PENCIPTAKU..