Wednesday 27 February 2019

HADYAI TRIP

Trip ke Hadyai aku kali ini dengan family belah suami aku. Kami naik train dari KL Sentral around pukul 11.30 pm. Perjalanan mengambil masa kurang lebih 6 jam ke Padang Besar.




Saturday 2 December 2017

PETUA HILANGKAN SAKIT LUTUT

Jom cuba petua semulajadi untuk hilangkan sakit lutut dengan menggunakan halia.

Halia ialah ubat yang berkesan untuk mengurangkan kesakitan. Ini adalah disebabkan kehadiran sifat anti-radang di dalamnya.

Bahan - bahan :
- 1 ketul halia
- 1 cawan air
- Sedikit perahan jus lemon
- Sedikit madu

Cara-cara:
- Hancurkan 1 ketul halia
- Masukkan halia yang dihancurkan ke dalam 1 cawan air
- Masukkan 1 cawan air yang dicampur halia ke dalam periuk.
- Didihkan selama 10 minit
- Selepas 10 minit tapis air halia yang dididih tadi.
- Masukkan sedikit jus lemon ke dalam air halia.
- Pastu masukkan 1 camca teh madu ke dalam campuran air halia dan jus lemon.
- Kacau hingga sebati.
- Pastu boleh diminum. Boleh minum 2-3 cawan setiap hari sehingga sakit lutut hilang

Selamat mencuba.






Saturday 16 June 2012

Catatan Perjalanan.. Cambodia Part 2

Hari ke-2 di Siem Reap..
Dimulakan dengan sarapan pagi di Hotel penginapan kami..
scrambled egg for me..


just scrambled for me.. :-)
tepat jam 8 pagi waktu tempatan..
Kami mula dibawa melawat tempat - tempat yang menjadi kebanggan di sini..
Sedikit gambar aku kongsikan bersama...

The South Gate of Angkor thom
Bayon Temple












Baphoun
elephant












Ta Phrom
Thommanan











keajaiban dunia - angkor wat                   
Selesai melawat tempat - tempat tersebut, kami dibawa untk makan tengah hari di D' LALAL Restaurant..
Alhamdulillah.. walaupun di perantauan, dapat jugak meikmati masakan melayu .. tentunya..
dan di restaurant nie, kami terserempak dengan beberapa orang Malaysia yang turut datang melancong di bumi Cambodia ini.
Pengembaraan diteruskan lagi ke Floating Village..atau dilenali jugal Perkampungan Terapung..
di Tasek Ton Le Sap.. Hiba sungguh melihat keadaan di sini..
Begitu rama peminta sedekah apabila mereka melihat bot kami menuju ke arah mereka..
Dan mengikut tourist guard kami, kebanyakan penduduk di situ bukannya orang asli cambodia,
tetapi rata rata dari mereka berasal dari Vietnam..






lama kami dibiarkan di sini bagi menikmati kehidupan serta pemandangan di sini..
Aku mencari ruang untuk diri sendiri.. seketika fikiran ku melayang jauh memikirkan nasib diri yang begitu bertuah dibumi malaysia ini..
Syukur ke hadrat MU ya Rab..

setelah penat berjalan,badan pun dah sengal2.. seharian berjalanan..
Kami meminta untuk,mendapatkan perkhidmatan urut sbelum menikmati makan malam.. memandangkan kami di beri percuma oleh agen pelancongan kami...
Kami diberi masa kurang lebih sejam untuk memanjakan diri ..
Lega rasa dapat urut.. Hilang semua lenguh2 di badan..

Kemudian, kami di bawa untuk makan malam sambil menikmati tarian kebudayaan cambodia..

Alhamdulillah.. complete sudah hari kedua.
Next.. hari ke-3 di Cambodia

Catatan Perjalanan.. Cambodia Part 1

Percutian 5 hari 4 malam di bumi Tuhan..Cambodia.
Begitu terkesan buat diri aku.
Ya, sesungguhnya bumi cambodia penuh dengan sejarah kekejaman manusia..
Sungguh sadis.. Memang sesungguhnya tiada kata yang mampu digambarkan
bagaimana perasaan aku..

7 june 2012
tepat jam 0820 waktu tempatan, kami tiba di International Airport Phnom Penh.


Kami disambut oleh pemandu pelancong di sana.. mesra dipanggil RICH..

Setibanya kami di sana kami terus di bawa ke Central Market,

Central Market, Phnom Penh

Perjalanan dari Lapangan Terbang ke Central Market membuat kami terpana seketika..
Kehidupan rakyat di sana begitu berbeza sekali dengan bumi tercinta, Malaysia.
Dengan sistem jalanraya nya..
Apa yang membanggakan,.. rakyat di sana begitu bertolak ansur sesama mereka..
Bayangkan.. jalanraya tanpa lampu isyarat..
Kalau di Malaysia,..tambah2 lagi di KL nie,
hmmmm.. rasanya banyaklah kemalangan yang berlaku..
Tapi amat berbeza di sana..

Mereka saling memberi laluan..
Saling meghormati sesama sendiri..
Begitu bertolak ansur..

walau bagaimanapun, kenderaan utama mereka di sana masih lagi motor dan basikal
dan juga sebuah kenderaan yang dikenali sebagai tut tut.
Hanya segelintir sahaja daripada mereka yang menggunakan kereta..
Mungkin dari golongan yang berkemampuan..

Secara kesimpulannya, kehidupan mereka di sana
Mungkin sama seperti negara kita di awal 80 - an.

1 jam 30 mini di Central Market,
kami dibawa makan tengah hari di Mamak Cafe.
mamak cafe
MamakCafe
Seusai makan tengah hari..
pengembaraan bermula..
Dari Phnom Penh ke Seam Reap..
kami di bawa menaiki bus.
Perjalanan yang mengambil masa kurang kebih 6 jam...

Sungguh menakjubkan pemandangan sepanjang perjalanan..
Sayu di hati melihat kehidupan penduduk di sana...
Rumah yang jauh berbeza dengan kita di sini..

Bayangkan ape akan jadi pada ternakan waktu musim tengkujuh  ..
Hampir 100% kehidupan diorang bergantung pada ternakan dan tanaman..
Ya Allah.. Sungguh engkau Maha Mengasihi...
Lindungilah mereka di sana..itu me

Perjalanan yang panjang terasa begitu singkat bila dipenuhi dengan pemandangan yang begitu menakjubkan..
Setiba kami di perhentian bas siem reap, kami disambut mesra oleh pemandu pelancong kami disana.. Hud
Melihat Hud, begitu berbeza dengan lelaki yang pernah aku kenali..
tutur bicara nya, sungguh sopan santun..
Hud mungkin datang dari keluarga yang sederhana..
Beliau terpaksa membayar sendiri yuran pengajian ketika menuntut di salah
sebuah universiti di cambodia, demi untuk memajukan diri sendiri kerana tiada bantuan dari kerajaan.


Ok..
kami dibawa untuk makan malam sebelum masing-masing beristirehat di hotel..

Monday 4 June 2012

suka suki

Anda mengetahui yang anda merindui seseorang apabila jantung anda berdegup pantas ketika teringatkan dia. Dan walaupun sekadar "Hai" daripada dia mencukupi sebagai penenang.


Ulasan: anda mungkin menaruh hati kepadanya, cuma anda tidak menyedarinya ataupun anda tidak mahu menerimanya sebagai kenyataan.



Jangan jadi terlalu baik, saya akan merindui kamu. Jangan terlalu mengambil berat, saya mungkin menyukai kamu. Jangan jadi terlalu 'sweet', saya mungkin jatuh hati kepada kamu. Amat sukar untuk saya menyayangi kamu jika kamu tidak mahu membalasnya.

Ulasan: seseorang yang membuat kamu jatuh hati kepadanya sebenarnya menyayangi kamu lebih daripada kamu menyayangi dia.

Jika seseorang hadir dalam hidup kamu dan menjadi sebahagian daripada kamu, tetapi atas sebab tertentu dia terpaksa pergi, jangan terlalu sedih.. kenyataan itu dan sekurang2nya dia pernah membahagiakan kamu.

Ulasan: Masa akan menentukan segalanya, jika dia ditakdirkan bersama anda, dia akan kembali.

Jangan melarikan diri dari 'cinta' apabila ia berada di hadapan kamu. Jangan melarikan diri daripadanya kerana suatu hari nanti, kamu pasti akan teringatkannya kembali dan menyesali perbuatan kamu itu.

Ulasan: hargai orang yang menyayangi kamu, bukan mudah untuk mencari orang yang menyayangi kita, yang paling berharga ialah hati yang ikhlas.

Penyesalan terbesar dalam hidup ialah risiko yang kita tidak ambil. Jika anda merasakan sesuatu itu akan membuatkan anda bahagia, maka teruskan. Ingatlah bahawa kita akan melalui semua ini hanya sekali, mungkin tiada lagi peluang kedua.

Ulasan: Masa tidak menunggu kita. Jika anda rasakan anda telah bertemu dengan orang yang sesuai, maka hargailah dia, jangan biarkan dia berlalu begitu sahaja. Jangan bertangguh kerana takut. Cubalah dahulu atau anda akan menyesal kerana membiarkan ia berlalu begitu sahaja. Tiada sesiapapun yang tahu apakah yang membuatkan anda benar2 bahagia.

Ada 2 titis air mata mengalir di sebuah sungai. Satu titis air mata tu menyapa air mata yang satu lagi, "Saya air mata seorang gadis yang menyayangi seorang lelaki tetapi telah kehilangannya. Siapa kamu pula?".
Jawab titis air mata kedua tu, "Saya air mata seorang lelaki yang menyesal membiarkan seorang gadis yang menyayangi saya berlalu begitu sahaja."

Ulasan: Tiada sesiapapun yang simpati kepada orang yang sengaja membiarkan peluang pergi begitu sahaja tanpa berusaha untuk mendapatkannya atau mempertahankannya. Kita selalunya tidak menghargai seseorang yang hampir atau menyayangi kita sehingga dia pergi meninggalkan kita; kemudian kita akan sedih dan menyesal mengingatkannya.

Terdapat banyak bebintang di langit tetapi hanya satu sahaja yang begitu menyerlah sehingga dapat menarik perhatian anda. Dari kalangan yang anda pilih untuk abaikan ialah sebutir bintang yang sanggup menyinari anda walau di mana sahaja anda berada.

Ulasan:
Bahagian 1: orang yang bersama anda ketika ini mungkin bukanlah orang yang benar2 anda sayangi.
Bahagian 2: terdapat orang yang tahu dia tidak dapat bersama kamu ketika ini tetapi masih menyayangi kamu sepenuh hatinya, fikirkanlah.

Lawaknya bila kita meletakkan standard untuk orang yg bakal kita sayangi, tetapi jauh di sudut hati, kita tahu yang orang yg kita sayangi itu terkecuali daripada standard itu. (don't be too choosy!)

Ulasan: Kita amat kritikal terutamanya kepada orang yg kita sukai atau sayangi kerana kita mahukan yang terbaik untuk diri kita. Tetapi sebenarnya kesempurnaan dan hubungan terbaik dapat dicapai dengan berusaha bersama. Ia bukanlah terletak kepada satu individu sahaja.

Cinta itu membuatkan anda gembira walaupun ia sering melukakan. Cinta itu istimewa jika ia diberikan kepada orang yang bertuah.

Ulasan: Jika anda bertemu seseorang yang benar2 menghargai anda, maka dia berhak mendapat kasih anda.

Menyayangi/mencintai itu umpama bermain piano. pertama, kita bermain ikut peraturannya. Kemudian, lupakan peraturannya dan main ikut hati.

Ulasan: kepercayaan terhadap pasangan adalah amat penting. Untuk mempercayai seseorang yang anda sayang/cintai, anda mestilah membuat dia mempercayai anda dahulu. Yakin terhadap diri sendiri dan pasangan anda. Jangan buat mereka ragu-ragu terhadap anda dan jangan ragu-ragu terhadap mereka.

Apa kata seseorang memberitahu anda ini "Saya tidak percaya dengan courtship (mendapatkan perhatian bagi memenangi seseorang). Ia cuma membuang masa sahaja.Jika saya mencintai seseorang, maka saya akan meluahkan isi hati saya kepadanya. Tetapi, ada pula pengecualian bagi anda, jika anda mencintai saya, saya akan 'court' (sentiasa cuba memenangi) anda selamanya..."

Ulasan: Cinta itu memerlukan masa untuk disedari kehadirannya. terdapat cinta pandang pertama, tetapi ia masih memerlukan masa bagi pihak satu lagi menyedarinya. Merinduinya apabila dia tiada di sisi, mengharapkan berita daripadanya apabila berjauhan...

Adalah lebih baik untuk berani mencintai walaupun akhirnya anda kecewa daripada tidak mahu mencintai kerana takutkan risiko atau cabaran yang bakal mendatang.

Ulasan: Jangan berputus asa apabila terdapat saingan dalam percintaan. Adalah lebih baik untuk anda mencubanya terlebih dahulu; kerana jika anda berjaya, kemenangannya itu teramat manis. Tetapi, jika anda tidak mahu/berani mencubanya, anda mungkin akan kehilangan orang yang anda sayang/cintai selamanya.

Anda tidak pernah kalah/kecewa dalam mencintai/menyayangi. Anda cuma kalah jika anda bertangguh.

Ulasan: Jangan takut untuk meluahkan isi hati anda kepada orang yang anda sayang/cintai. Beritahu mereka dan biar mereka buat keputusan di pihak mereka. Salah satu perkara yang paling indah dalam hidup ialah memberitahu kepada orang yang anda sayangi betapa penting dan istimewanya mereka dalam hidup anda. Dengan itu, anda akan rasa lebih yakin dan puas. Dan anda akan rasa bangga terhadap diri anda kerana anda telah menunaikan tanggungjawab anda terhadap perasaan hati anda.

Jangan sesekali mengkhianati perasaan hati anda kerana akibatnya, hanya anda yang akan sengsara; bukan orang lain. Salah satu cabaran paling sukar dalam hidup ialah mencari orang yang tahu segala kelemahan dan kekurangan diri anda, tetapi dia masih sangup menyayangi anda dengan sepenuh hatinya.

Ulasan: Cinta itu adalah berasaskan tolak ansur dan pengorbanan. jika dia tahu kelemahan dan kekurangan anda dan masih sanggup bersama anda dan lebih menyayangi anda, maka andalah orang yang paling bertuah! Dia layak mendapat cinta anda.

Ruang kosong di antara celah-celah jari kita dicipta untuk dipenuhi oleh jari-jari orang lain.

Ulasan: Bukalah pintu hati anda, benarkan orang yang anda sayangi masuk, jangan ragui tujuan mereka kerana keikhlasan itu dapat dirasai dalam hati.

Dalam percintaan, terdapat beberapa perkara yang perlu disedari. Apabila anda bercinta...... Ia bukan 'passport' untuk anda difahami; tetapi untuk anda memahami. Ia bukan 'passport' untuk anda mengambil itu dan ini; tetapi untuk anda diambil. Ia adalah untuk anda mendengar; bukan supaya anda didengar. Ia adalah untuk anda berkorban dan bertolak ansur; bukan untuk anda meminta itu dan ini. Ia bukan untuk anda berkira2 atau mengukur; tetapi untuk anda mencintai

minggu yang memenatkan

wah.. penat sungguh seminggu dua nie..
penat menghadiri undangan perkahwinan sanak saudara dan sahabat handai..

by the way..
tahniah kepada semua yg baru menginjak ke alam baru..
semoga ikatan percintaan yang dibina itu
utuh hingga ke akhir hayat...insyaAllah.

noted : doakan aku jugak bahagia seperti kalian

Sunday 20 May 2012

1 malam di renaissance hotel

Alhamdulillah.. weekend yang menenangkan...
thanks to my roomate sebab bawak aku g bercuti di renaissance hotel(bercuti la sangat kan..)
Nway.. walaupun dapat berehat sekejap di hotel nie ... lega jugaklah rasa nya..
selepas beberapa minggu berhempas pulas dengan kerja kerja di pejabat..

Memang first class la hotel nie...
Makanan die..wow!!!! tip top...
 u all boleh cuba...
sekadar penginapan untuk 2 hari 1 malam mungkin..

Bukan ape,.. mungkin dapat menenangkan fikiran..
Hilangkan keserabutan di kepala....